Skip to main content

Bandai Namco minggu ini mengumumkan permainan perlawanan Kamen Rider: Climax Fighters yang bakal tiba di Playstation 4 pada 7 Disember ini buat pasaran Jepun.

Permainan ini bakal memfokuskan bentuk permainan perlawanan antara Kamen Rider dan buat masa sekarang, masih tiada informasi lain. Tetapi dari segi video acah diatas, bentuk permainan Kamen Rider: Climax Fighters bakal mengandungi bentuk permainan perlawanan secara 3D seperti permainan Dragonball Xenoverse.

Masih tiada lagi informasi berkenaan pelancaran global permainan ini, tetapi dengan pengumuman pelbagai permainan Bandai Namco versi Asia Tenggara dilancarkan, kami di Aksiz percaya Kamen Rider: Climax Fighters ini bakal tiba di Malaysia pada masa akan datang.

Leave a Reply