Jumlah permainan yang dilancarkan di Steam, termasuk permainan-permainan akses awal sememangnya sangat banyak. Tetapi baru-baru ini, PQube Limited bersama Digital Crafter melancarkan permainan Fight Of Gods di permainan akses awal Steam. Ia merupakan permainan perlawanan yang menampilkan watak dewa dan tuhan dari pelbagai agama. Walaubagaimana pun, permainan ini menimbulkan kontroversi kerana ia menyertakan watak Jesus dan Buddha yang sedang berlawan sekaligus memberi kemarahan buat penganut agama Kristian dan Buddha.
SKMM menyatakan mereka bakal mengambil tindakan dengan meminta Steam untuk membatalkan permainan ini di Malaysia dalam masa 24 jam demi menjaga sensitiviti penganut agama di Malaysia. Steam bakal berhadapan tindakan dari SKMM jika mereka gagal memenuhi permintaan ini.
Buat masa sekarang, permainan ini boleh lagi boleh dimuat-turun dan diakses di Malaysia melalui laman Steam. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini perkara ini pada masa akan datang.