Skip to main content

Julai lepas, Bandai Namco mengumumkan permainan Taiko No Tatsujin Drum Session bakal tiba di Playstation. Lanjutan daripadanya, Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut di Malaysia iaitu pada 26 Oktober ini.

Bagi edisi Malaysia, Taiko No Tatsujin Drum Session mengandungi sari-kata bahasa inggeris dan disertakan dengan melebihi 70 buah muzik, dari muzik terkini sehingga muzik klasik. Pemain juga boleh bermain bersama rakan-rakan atau keluarga, di dalam mod Friend Session Play secara langsung atau atas-talian.

Anda boleh membuat pra-tempahan di mana-mana pengedar rasmi Playstation dengan harga RM239 untuk edisi permainan sahaja. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan bersama set drum taiko permainan berkenaan, anda boleh dapatkannya dengan harga RM359. Anda juga boleh membuat pra-tempahan di PSN Store dengan harga RM209 untuk edisi biasa dan RM309 untuk edisi deluxe.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini khas di Playstation 4 pada 26 Oktober ini.

Leave a Reply