Bandai Namco mengumumkan Taiko No Tatsujin Drum Session versi bahasa Inggeris kini telah pun diumumkan di PlayStation 4. Taiko No Tatsujin Drum Session merupakan permainan rentak muzik dimana pemain perlu memukul drum mengikut rentak muzik yang dimainkan.
Pemain boleh membeli permainan ini sahaja atau bersama alat kawalan PlayStation 4 Taiko Drum Set. Versi berbahasa Inggeris untuk Taiko No Tatsujin Drum Session akan disertakan dengan lebih 70 buah muzik, dari muzik terkini sehingga muzik klasik. Pemain juga boleh bermain bersama rakan-rakan atau keluarga, di dalam mod Friend Session Play secara langsung atau atas-talian.
Di Jepun, Taiko No Tatsujin Drum Session akan ditawarkan bermula 26 Oktober. Versi berbahasa Inggeris dijangka ditawarkan selepas itu.