Selain daripada permainan The Walking Dead, satu lagi permainan yang ditawarkan secara percuma untuk hari ini adalah Monaco : What’s Yours Is Mine.

Monaco ini menawarkan permainan berbentuk strategi, dimana pemain perlu menghimpunkan watak-watak yang diperlukan dalam merompak sesuatu lokasi. Permainan ini menerima maklumbalas yang positif daripada para pemain, dan mungkin anda boleh mencubanya pada penghujung minggu ini.

Bagi anda yang berminat, boleh menebusnya di Steam sekarang, sebelum promosi ini ditamatkan dalam tempoh kurang 24 jam.

Muat-Turun Monaco : What’s Yours Is Mine

Sohor Kini