Humble Store kini menawarkan permainan The Walking Dead : Season 1 secara percuma untuk para pemain selurh dunia untuk waktu terhad bermula hari ini sehingga hujung minggu ini.

The Walking Dead adalah permainan daripada Telltale Games, dimana ia menawarkan lima episod permainan dengan kesinambungan jalan cerita. Seperti biasa, pemain perlu mengelak daripada menjadi mangsa zombie, dan meneruskan hidup serta menyelamatkan yang lain.

Bagi anda yang berminat, boleh menebus permainan ini secara percuma di Humble Store, dan mendapatkan kekunci khusus Steam untuk The Walking Dead Season 1 ini.

Muat-Turun The Walking Dead : Season 1

Sohor Kini