Informasi Permainan Video Terkini
Resident Evil 7 : Gold Edition Bakal Hadir Ke PC, Xbox One Dan PS4 Pada Disember Kelak
PC

Resident Evil 7 : Gold Edition Bakal Hadir Ke PC, Xbox One Dan PS4 Pada Disember Kelak

Diterbitkan pada Sep 5, 2017 oleh .

Selain daripada perkongsian permainan Summer Lesson : Chisato Shinko, pada majalh Weekly Famitsu juga, pihak Capcom mengambil peluang untuk mengumumkan Resident Evil 7 : Gold Edition. Ia bakal hadir untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga PC pada bulan Disember kelak di Jepun.

Resident Evil 7 : Gold Edition akan menawarkan permainan seram berkenaan sepenuhnya, selain turut menyertakan pelbagai kandungan DLC tambahan – iaitu “Not A Hero” dan juga “End of Zoe“.

Kandungan tambahan “Not A Hero” telah dijadualkan beberapa kali sebelum ini, tetapi ditangguhkan. Ia akan ditawarkan untuk pemain sedia ada secara percuma bermula 14 Disember kelak di Jepun. Sementara kandungan tambahan “End of Zoe” pula akan ditawarkan secara berbayar, tetapi percuma untuk pembeli Gold Edition.

Buat masa ini, penawaran ini hanya diumumkan untuk pasaran Jepun sahaja, dan ia akan dilancarkan pada 24 Disember kelak disana. Kita mungkin akan melihat penawaran lebih kurang sama untuk pasaran global pada tarikh lebih kurang sama.