Minggu lepas, Square-Enix mengumumkan permainan klasik Secret Of Mana yang merupakan permainan penambah-baikkan dan diberi nafas baru untuk Playstation 4, Playstation Vita dan PC. Kini, bersempena acara Pax West 2017 yang berlangsung di Amerika Syarikat pada hujung minggu ini, Square-Enix turut mengambil peluang untuk berkongsi bentuk permainan Secret Of Mana.

Watch live video from Twitch on www.twitch.tv

Menariknya permainan ini masih mengekalkan bentuk permainan seperti di SNES dahulu dengan beberapa penambahan seperti fungsi Mini-Map yang berada di atas kanan permainan ini. Fungsi Mini-Map tersebut memaparkan bentuk permainan dari versi SNES dan ia akan membantu pemain untuk mengembara di dalam permainan ini.

Secret Of Mana bakal tiba 15 Februari 2018 ini pada Playstation 4, Playstation Vita dan PC.

Sohor Kini