Informasi Permainan Video Terkini
Sony Malaysia Mengumumkan Lima Alat Kawalan Dualshock 4 Bakal Tiba Oktober Ini

Sony Malaysia Mengumumkan Lima Alat Kawalan Dualshock 4 Bakal Tiba Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 5, 2017 oleh .

Minggu lepas Sony telah mengumumkan alat kawalan DualShock 4 dengan rekaan lutsinar Crystal untuk beberapa pasaran. Lanjutan daripadanya, hari ini Sony Malaysia mengumumkan yang mana alat kawalan tersebut bakal tiba 17 Oktober ini di Malaysia dengan tambahan dua lagi alat kawalan Dualshock 4 dengan rekaan warna Midnight Blue dan Steelblack.

Sebelum ini, rekaan Dualshock 4 warna Steelblack dan Midnight Blue hanya boleh didapati dengan pembelian berkas PlayStation 4 bersama Metal Gear Solid V The Phantom Pain dan Uncharted 4: A Thief’s End. Kini, anda berpeluang untuk mendapatkan alat kawalan DualShock 4 tersebut tanpa perlu membeli berkas konsol tersebut. Dualshock 4 yang ditawarkan ini juga merupakan Dualshock 4 versi baharu yang mempunyai sokongan sambungan USB atau tanpa-wayar, dan juga rekaan Touchpad baru yang memaparkan cahaya.

Setiap alat kawalan tersebut akan berharga RM209 dan akan dilancarkan 17 Oktober ini. Anda boleh dapatkannya di kedai Sony Centre atau mana-mana pengedar rasmi Playstation.