Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mengumumkan Alat Kawalan Dengan Rekaan Lutsinar, Crystal Dualshock 4 – Hadir Dalam Tiga Pilihan Warna

Sony Mengumumkan Alat Kawalan Dengan Rekaan Lutsinar, Crystal Dualshock 4 – Hadir Dalam Tiga Pilihan Warna

Diterbitkan pada Sep 1, 2017 oleh .

Sony agak aktif dalam memperkenalkan sejumlah rekaan berbeza untuk alat kawalan DualShock 4 mereka. Hari ini, mereka turut berkongsi satu lagi rekaan baru untuk DualShock 4, dinamakan sebagai Crystal DualShock 4. Seperti ramai sedia maklum, alat kawalan ini mengambil inspirasi daripada PlayStation awal, dan mengembalikan nostalgia untuk pemain PS4.

Pengenalan alat kawalan baru ini adalah penambah-baikkan berbanding pengenalan tahun lepas – dan pada masa yang sama hadir dengan beberapa variasi warna.

Crystal Dualshock 4

Berbeza dengan tahun lepas, kini Crystal Dualshock 4 turut hadir dengan sokongan sambungan USB atau tanpa-wayar, dan juga rekaan Touchpad baru yang memaparkan cahaya.

Selain pengenalan warna lutsinar biasa, versi Cyrstal ini kini turut hadir dengan pilihan warna biru dan juga merah.

Crystal Dualshock 4

Buat masa ini, ia diumumkan untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat terlebih dahulu. Mungkin kita dapat melihat penawaran sama ke pasaran tempatan tidak lama lagi.