Jun lalu, Ubisoft dan ESL mengumumkan liga e-sukan untuk permainan Rainbow Six Siege bakal tiba di rantau Asia Tenggara. Sebelum ini, ESL Pro League ini hanyalah diadakan di Amerika Syarikat dan Eropah, kini ESL bakal membawa pemain dari Asia Tenggara untuk menyertai liga e-sukan tersebut.
Sempena Rainbow Six Siege Pro League musim ketiga ini, ESL membuka ruangan kepada rantau Jepun, Korea Selatan, Australia-New Zealand dan Asia Tenggara. Sepanjang bulan ini, setiap rantau akan bertanding secara atas-talian untuk pertandingan kelayakan yang bakal membawa mereka bertanding acara akhir di Sydney, Australia pada 21 hingga 22 Oktober ini. Manakala, dua pasukan akhir yang berjaya akan dianugerahkan juara APAC dan akan mewakili untuk ke acara akhir Rainbow Six Siege Pro League di Brazil pada 17 hingga 19 November ini.
Berikut adalah senarai pasukan yang bakal bertanding sepanjang bulan September untuk kelayakan ke acara akhir yang bakal berlangsung di Sydney, Australia. Antaranya, adalah Impetus Gaming, iaitu pasukan dari Malaysia.
Impetus Gaming, iaitu pasukan Rainbow Six Siege dari Malaysia bakal mewakili Malaysia untuk bertanding APAC Pro league. Dengan berkedudukan ke-7 di dalam ESL Asia Tenggara, pasukan ini bakal bertanding untuk perlawanan kelayakan yang berlangsung bulan September ini.
Kami di Aksiz mengucapkan selamat maju jaya buat Impetus Gaming dan anda juga boleh memberi sokongan dengan melayari laman rasmi Facebook mereka.
[info] Laman Rasmi Facebook : Impetus Gaming [/info]