Bagi para pelanggan PlayStation Plus, salah satu penawaran menarik melaluinya adalah permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan. Terkini, untuk bulan September 2017 ini, Sony telah mengumumkan sebanyak lima permainan yang ditawarkan untuk para pengguna. 5 permainan tersebut adalah:

  • InFamous: Second Son (PS4)
  • BOUND: Shattered Kingdom (PS4 & PSVR)
  • RIGS: Mechanized Combat League (PSVR)
  • DEEMO~The Last Recital~ (PSVita)
  • Tokyo Jungle (PS3)

Bagi anda yang mempunyai langganan PlayStation Plus, anda boleh memuat-turun permainan ini bermula daripada 7 September sehingga 4 Oktober. Bagi mereka yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan Ogos, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 6 September ini.

Sohor Kini