Informasi Permainan Video Terkini
Child Of Light Dan Amnesia: Collection Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Untuk Bulan Ogos 2017

Child Of Light Dan Amnesia: Collection Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Untuk Bulan Ogos 2017

Diterbitkan pada July 27, 2017 oleh .

Bagi para pelanggan PlayStation Plus, salah satu penawaran menarik melaluinya adalah permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan. Terkini, untuk bulan Ogos 2017 ini, Sony telah mengumumkan sebanyak lima permainan yang ditawarkan untuk para pengguna. 5 permainan tersebut adalah:

  • Amnesia: Collection (PS4)
  • Child Of Light (PS4 & PS3)
  • Assassin’s Creed Freedom Cry Standalone  (PS4)
  • Downwell (PS4 & PSVita)
  • Hustle King (PS4, PS3 & PSVita)

Bagi anda yang mempunyai langganan PlayStation Plus, anda boleh memuat-turun permainan ini bermula daripada 3 Ogos sehingga 6 September. Bagi mereka yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan Julai, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 2 Ogos ini.

Selain daripada itu, Sony juga menawarkan NieR Music Concert dan Talk Live sehingga 28 Ogos dan Tema PS4 Ocean Dynamic. Bagi mereka yang belum melanggan Playstation Plus, Sony juga bakal menawarkan Langganan Playstation Plus selama 12 bulan bersama dua permainan pilihan iaitu Star Wars Battlefront Edisi Ultimate atau The Division Edisi Gold.