Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Untuk Bentuk Permainan “Wild West Online” Dipertontonkan
PC

Trailer Untuk Bentuk Permainan “Wild West Online” Dipertontonkan

Diterbitkan pada July 11, 2017 oleh .

Wild West Online merupakan salah satu permainan bertemakan cowboy dan open-world, dan bakal dilancarkan ke platform PC tidak lama lagi. Sejak ia diumumkan, ia telah menarik minat ramai pemain, dan kini video bentuk permainan (gameplay) untuknya telah pun dipertontonkan melalui trailer baru.

Permainan ini masih lagi di peringkat early access, tetapi berdasarkan trailer diatas, kami amat tertarik dengan konsep cowboy seperti memburu bounty, membuang masa di saloon dan berinteraksi sesama pemain yang lain. Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan di laman rasmi WWO.

Bagi pemain PC, adakah anda akan berminat dengan Wild West Online?

Pra Tempahan : Wild West Online