Selain The Inpatient, Supermassive Games juga kini mengumumkan mereka bakal melancarkan sebuah lagi permainan realiti-maya, iaitu Bravo Team. Permainan ini bakal dilancarkan pada 5 Disember akan datang. Bravo Team adalah permainan penembak pandang pertama dimana ia memfokuskan perlindungan dan juga kerjasama antara pemain lain.
Permainan realiti-maya Bravo Team ini boleh dimainkan secara solo ataupun sehingga 2 pemain secara atas-talian. Pada Playstation Experience 2017 SEA lepas, kami di Aksiz sempat memcuba permainan ini dan memberi pandang pertama. Dukacitanya kami tidak begitu seronok bermain permainan kerana terlalu banyak pepijat dan kawalannya yang agak memeningkan. Tetapi kami percaya Supermassive Games bakal membaiki segala pepijat untuk permainan ini apabila ia dilancarkan kelak.
Bagi anda yang mempunyai Aim Controller bersama Playstation VR, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan realiti-maya Bravo Team pada 5 Disember kelak.