Hari ini Supermassive Games akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan realiti-maya seram daripada mereka, The Inpatient. Permainan ini adalah prekuel untuk permainan Until Dawn, dan bakal dilancarkan pada 21 November ini khas untuk Playstion VR.
The Inpatient merupakan permainan seram psikologi dimana pemain akan mengembara untuk menyelesaikan misteri-misteri kisah watak permainan ini. Pada Playstation Experience 2017 SEA yang lepas, kami di Aksiz membuat pandang pertama untuk permainan realiti-maya ini. Walaupun permainan ini tidak memberi pandang pertama yang bagus, kami masih tidak sabar untuk bermain permainan ini kerana ia bakal memaparkan penceritaan berkaitan dengan permainan seram Until Dawn yang dilancarkan pada 2015 lepas.
Bagi peminat siri permainan seram, adakah anda berminat untuk mendapatkan permainan ini?