Skip to main content

Bungie baru sahaja berkongsi bersama IGN, berkenaan dengan laman sosial untuk permainan terbaru mereka Destiny 2, iaitu The Farm. The Farm ini adalah kebun yang merupakan tempat permulaan pemain. Di sana pemain boleh interaksi bersama Postmaster, Archivist dan terdapat beberapa aktiviti yang pemain boleh lakukan, seperti bermain bola sepak.

Mereka juga menyatakan The Farm dapat menampung sehingga 26 pemain pada sesuatu masa, tidak seperti permainan Destiny sebelum ini dengan hanya 16 pemain sahaja. The Farm ini juga adalah laman sosial yang berbentuk dinamik, dimana ia akan dinaik-taraf dari masa ke semasa dengan perubahan pada populasi NPC dan bangunan.

Destiny 2 akan keluar pada September 6 untuk Playstation 4 dan X-Box One, manakala PC pada Oktober 26.

Leave a Reply