Humble Bundle sedia terkenal dengan penawaran pelbagai permainan pada harga yang jauh lebih rendah daripada kebiasaan. Terkini, untuk tempoh dua minggu ini, Humble Spooky Horror Bundle ditawarkan oleh mereka. Seperti pada namanya, Humble Bundle menawarkan sejumlah koleksi permainan berbentuk seram pada harga bermula serendah $1.
Pada sumbangan serendah $1, anda akan menerima empat permainan, iaitu Dead Age, DreadOut, DreadOut : Keepers of the Dark dan juga Lakeview Cabin Collection.
Anda turut boleh menambah permainan Layers of Fear : Masterpiece Edition, Alien : Isolation dan juga Five Nights at Freddy’s Sister Location pada sumbangan harga purata, dan membayar $10 untuk mendapatkan kesemuanya dan bersama Dead by Daylight.
Semua permainan ini ditawarkan melalui Steam, dimana pengguna akan diberikan dengan kod Steam selepas melakukan sumbangan.
Bagi anda yang ingin menambah koleksi permainan video anda, mungkin boleh menyemak Humble Spooky Horror Bundle ini hari ini.
[info]Layari : Humble Spooky Horror Bundle[/info]