Informasi Permainan Video Terkini
Indie Legends 6 Bundle Menawarkan Sejumlah Permainan Indie Pada Harga $3.49
PC

Indie Legends 6 Bundle Menawarkan Sejumlah Permainan Indie Pada Harga $3.49

Diterbitkan pada Ogos 24, 2017 oleh .

Bagi anda yang menantikan untuk menambah koleksi permainan indie anda pada harga rendah, ini mungkin masa untuk anda. Bundle Stars kini menawarkan Indie Legends 6 Bundle yang menawarkan sembilan permainan indie bernilai hampir $140 pada harga promosi hanya $3.49.

Indie Legends Bundle

Berkas pada harga promosi ini menawarkan sejumlah permainan menarik, termasuk permainan Goat Simulator yang popular. Permainan lain yang ditawarkan adalah termasuk The Final Station, Shadowrun : Dragonfall Directors Cut, Clustertruck, I Am Bread, Chroma Squad, Cortex Command, Unbox dan juga Vanguard Princess Director’s Cut Complete.

Kesemua permainan ditawarkan untuk PC Windows, tetapi sejumlah besar turut boleh dimainkan pada Mac dan juga Linux.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Indie Legends 6 Bundle ini pada harga $3.49 untuk tempoh terhad dalam dua minggu ini.

Beli : Indie Legends 6 Bundle