Sempena Gamescom 2017 minggu ini, Nintendo tidak melepaskan peluang untuk mempertontonkan bentuk permainan dunia kulinari makanan terbaru di acara tersebuat untuk permainan Super Mario Odyssey yang bakal tiba 27 Oktober ini buat Nintendo Switch.

Bentuk permainan yang dipertontonkan adalah dunia kulinari makanan yang dinamakan Lucheon Kingdom. Ia mempunyai rekaan yang diinspirasikan berdasarkan makanan Itali dan juga negara Eropah lain yang terkenal dengan hidangan makan mereka.

Pemain juga berupaya untuk menukar kostum Mario dari kostum biasa ke kostum seakan chef pemasak khas untuk dunia tersebut. Dunia tersebut bakal mengandungi pelbagai aktiviti dan misteri untuk pemain lakukan seperti memasak makanan dan juga menyelamatkan penduduk dunia tersebut oleh musuh-musuh yang merosakkan alam tersebut.

Sohor Kini