Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton Animasi Pendek Overwatch ‘Rise And Shine’- Memfokuskan Watak Penceritaan Mei

Jom Tonton Animasi Pendek Overwatch ‘Rise And Shine’- Memfokuskan Watak Penceritaan Mei

Diterbitkan pada Ogos 24, 2017 oleh .

Blizzard Entertainment hari ini telah menerbitkan sebuah animasi pendek Overwatch yang terbaru bersempena dengan Gamescom 2017. Animasi ini dilihat lebih kepada memfokuskan watak penceritaan Mei.

Animasi berdurasi 10 minit ini menceritakan keadaan Mei ketika peristiwa Omnic Uprising dimana krew Overwatch ditindas oleh masyarakat. Mei ditempatkan di Ecopoint, Antartica, terbangun selepas beliau tidur dari cryogenic selama 9 tahun. Animasi ini juga menunjukkan bagaimana Mei mencipta senjata beliau tersendiri yang digunakan sepanjang permainan Overwatch tersebut. Blizzard turut memperlihatkan kostum baru bagi watak Mei dan ia mungkin bakal tiba sebagai kostum rasmi yang boleh digunakan oleh pemain.

Overwatch adalah permainan yang dilancarkan pada tahun 2016 oleh Blizzard di Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan multi-pemain.