Informasi Permainan Video Terkini
Sokongan Memainkan Vainglory Menggunakan Tetikus Dan Papan Kekunci Diperlihatkan

Sokongan Memainkan Vainglory Menggunakan Tetikus Dan Papan Kekunci Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 23, 2017 oleh .

Vainglory merupakan salah satu permua (permainan mudah-alih) yang dioptimasikan sepenuhnya untuk skrin sentuh. Menariknya, ketika pelancaran Samsung Galaxy Note 8 hari ini, pihak Super Evil Megacorp turut mempertontonkan kebolehan memainkan Vainglory melalui sokongan papan kekunci dan juga tetikus.

Walaubagaimanapun, ciri ini tidak ditawarkan untuk semua, dan memerlukan pengguna mempunyai Galaxy Note 8 atau Galaxy S8 – serta menghubungkan telefon pintar ke monitor melalui Samsung Dex+.

Vainglory

Bagi pemain Vainglory, sekiranya anda mempunyai peranti ini, anda hanya perlu nantikan kemaskini Vainglory 2.8.0, dan boleh menikmati ciri ini.

Pihak Super Evil Megacorp turut mempertontonkan dan menawarkan ujian untuk para pemain menguji kebolehan memainkan Vainglory menggunakan tetikus dan papan kekunci pada acara Gamescom yang sedang berlangsung minggu ini.