Skip to main content

Setelah 21 tahun siri permainan Bubsy berdiam diri, kini pembangun permainan Black Forest Games bakal melancarkan kembali siri permainan klasik ini,Bubsy: The Woolies Strike Back pada 31 Oktober untuk Playstation 4 dan PC.

Bubsy: The Woolies Strike Back adalah permainan 2D platformer yang memfokuskan watak Bubsy. Kini permainan ini bakal kembali dengan pengembaraan baru dan juga pemain bakal mengawal Bubsy dengan segala teknik serangan klasik dari permainan asal – selain dilengkapi sejumlah teknik-teknik baru.

Permainan ini juga bakal tiba dalam bentuk fizikal secara edisi terhad Purrfect Edition esklusif di Playstation 4. Melaluinya ia akan mengandungi pelbagai barangan tambahan seperti cakera muzik latar, kad bisnes dan poskad rekaan khas Busby: The Woolies Strike Back. Permainan ini juga bakal dilancarkan di Steam dan juga GOG pada Oktober ini.

Leave a Reply