Beberapa hari lepas, Nintendo telah mengumumkan demo permainan untuk Pokken Tournament DX bakal tiba di Nintendo Switch. Kini, akhirnya Nintendo berkongsi mengenai tarikh pelancaran demo tersebut kepada pengguna Nintendo Switch – iaitu pada 24 Ogos jam 12:00 tengah hari di Nintendo Eshop.
https://www.youtube.com/watch?v=QLB-cCVwPJ0
Permainan perlawanan Pokemon ini dibangunkan oleh Bandai Namco dan bakal mengandungi 21 watak Pokemon yang dimain oleh pemain. Ia bakal dilancarkan secara global esklusif di Nintendo Switch 22 September ini.