Minggu ini, sempena Pokemon World Championship yang dijayakan di California, Amerika Syarikat, Pokemon Company turut mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan demo untuk permainan Pokken Tournament DX untuk para pengguna konsol hibrid, Nintendo Switch.

Pokken Tournament DX merupakan permainan perlawanan Pokemon yang dibangunkan oleh Bandai Namco dan asalnya dilancarkan untuk Nintendo Wii U. Pada E3 2017 Jun yang lepas, Nintendo mengumumkan Pokken Tournament DX iaitu edisi penambah-baikkan permainan tersebut bakal dilancarkan di Nintendo Switch pada 22 Sepetember ini. Nintendo juga mengumumkan lima Pokemon baru yang boleh dimainkan oleh pemain bersama 16 Pokemon yang sedia ada.

Buat masa ini, Nintendo masih belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran demo tersebut, tetapi kami pasti ia akan dilancarkan dalam masa terdekat kerana permainan ini bakal dilancarkan dalam tempoh sekitar sebulan lagi.

Bagi pemain Nintendo Switch, adakah anda akan mencuba permainan ini?

Sohor Kini