Techland, pembangun permainan Dying Light, kini bersempena dengan Gamescom mengambil peluang untuk mengumumkan permainan terbaru daripada mereka, iaitu God’s Trigger. Ia adalah permainan berbentuk aksi penembak atas bawah yang memfokuskan bentuk permainan kolaborasi.

God’s Trigger adalah permainan kolaborasi yang bakal membawa bentuk permainan penuh aksi, bersama watak Harry, adiwira dari syurga dan Judy, pelari dari nereka. Kedua-dua watak ini perlu bekerjasama untuk mengalahkan Four Horsemen, sebelum memusnahkan segala kehidupan di bumi ini.

God’s Trigger bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 2018 kelak.

Sohor Kini