Semalam, Twitter rasmi Playstation UK berkongsi berkenaan penyediaan mereka untuk mengumumkan sesuatu bersama video acah. Hari ini, mereka telah pun mengumumkan secara rasmi misteri berkenaan, iaitu Playstation 4 edisi Gran Turismo Sport. Konsol edisi terhad ini bakal tiba pada 18 Oktober ini. Selain di Eropah, pihak Sony juga turut mengatakan ia akan hadir ke pasaran Malaysia pada bulan Oktober.
We’re getting geared up for the reveal of something new. pic.twitter.com/4ElSR7FoJF
— PlayStation UK (@PlayStationUK) August 21, 2017
Playstation 4 edisi Gran Turismo ini bakal menyertakan konsol Playstation 4 berstoran 1TB, bersama alat kawalan Dualshock 4 rekaan khas Gran Turismo Sport. Sony juga akan menyertakan permainan Gran Turismo Sport bersama kod penambahan akses awal, langganan PlayStation Plus selama 12 bulan dan jaminan tambahan selama setahun. Ia akan dijual pada harga RM1799.