Informasi Permainan Video Terkini
Minat Permainan Rockstar? Dapatkan Sejumlah Permainan Rockstar Pada Harga Diskaun Di Steam
PC

Minat Permainan Rockstar? Dapatkan Sejumlah Permainan Rockstar Pada Harga Diskaun Di Steam

Diterbitkan pada Ogos 22, 2017 oleh .

Bagi anda yang masih lagi belum memilik permainan Grand Theft Auto V, atau mana-mana permainan keluaran Rockstar di PC, kini adalah peluang anda untuk mendapatkan permainan tersebut dengan harga yang murah di Steam.

Bermula hari ini sehingga 25 Ogos nanti, anda boleh mendapatkan permainan keluaran Rockstar pada harga promosi yang sangat murah. Antara permainan Rockstar yang ditawarkan adalah termasuk:

  • Grand Theft Auto V RM149.90 RM74.95
  • Max Payne 3 RM38 RM13.30
  • LA Noire RM56 RM16.80
  • Bully: Scholarship Edition RM31 RM10.85
  • Manhunt RM23 RM8.05
  • Midnight Club 2 RM23 RM8.05

Rockstar juga menawarkan penambahan Max Payne 3 dan LA Noire dan juga berkas White Shark Card bersama permainan Grand Theft Auto. Anda boleh melayari laman Steam dibawah untuk membeli permainan-permainan yang ditawarkan tersebut.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat pelbagai permainan keluaran Rockstar dengan murah di Steam sekarang.

Promosi:  Jualan Permainan Rockstar