Sempena Gamescom 2017 dan juga ulang tahun Age Of Empire yang ke 20, Microsoft kini telah mengumumkan permainan baru untuk siri Age of Empires, iaitu Age of Empires IV. Microsoft akan membangunkan permainan ini hasil kerjasama bersama Relic Entertainment, iaitu pembangun permainan Warhammer 40,000: Dawn of War dan Company of Heroes.

Ia sesuatu yang menarik untuk melihat Microsoft tidak melupakan permainan ini. Setelah hampir 12 tahun permainan Age Of Empire III dilancarkan, kini permainan strategi masa nyata klasik kembali dengan nafas baru.

https://www.youtube.com/watch?v=RYwZ6GZXWhA

Microsoft masih lagi belum berkongsi bentuk permainan dan juga tarikh pelancaran untuk Age of Empires IV ini.

Walaubagaimanapun, sementara untuk anda nantikan ia dilancarkan secara rasminya, Microsoft kini menawarkan Age Of Empire Definitive Edition – dimana ia bakal hadir bersama sokongon resolusi 4k. Age Of Empire Definitive Edition bakal tiba di PC pada 19 Oktober ini dengan beta bermula hari ini. Anda boleh mula mendaftar beta tersebut di laman rasmi Age Of Empires.

https://www.youtube.com/watch?v=Q3rDhoWcVgQ

Laman Rasmi: Age Of Empires

Sohor Kini