Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Pertama Untuk Shenmue III Dipertontonkan

Video Acah Pertama Untuk Shenmue III Dipertontonkan

Diterbitkan pada Ogos 22, 2017 oleh .

Setelah beberapa tahun kita menantikan kemaskini terbaru untuk permainan aksi Shenmue, minggu ini bersempena dengan acara Gamescom 2017, pihak YsNet akhirnya berkongsi lanjut mengenainya. Bersempena dengan Gamescom ini, YsNet mempertontonkan sebuah video acah terbaru untuk Shenmue III, sekaligus memperlihatkan apakah para pemain boleh harapkan melalui permainan terbaru ini kelak.

Shenmue III bakal membawa kesinambungan kisah pengembaraan Ryo Hazuki bersama Shenhua setelah hampir 16 tahun dinantikan oleh peminat.

Minggu lalu, YsNet mengumumkan mereka bakal bekerjasama bersama Deep Silver serta menangguhkan pelancaran permainan ini ke 2018. Pembangunnya, melalui video acah terbaru ini memberikan penekanan kepada enjin permainan yang digunakan, selain turut memfokuskan terhadap ekspresi wajah watak pemain dalam memaparkan emosi berkaitan pada sesuatu masa. Apa pun, tidak mustahil ia memerlukan beberapa penalaan sebelum dilancarkan kepada umum pada tahun hadapan.