Informasi Permainan Video Terkini
Shenmue III Bakal Hadir Pada 2018 – Dikeluarkan Oleh Deep Silver
PC

Shenmue III Bakal Hadir Pada 2018 – Dikeluarkan Oleh Deep Silver

Diterbitkan pada Ogos 18, 2017 oleh .

Pengeluar permainan Deep Silver, kini telah mengumumkan mereka bakal bekerjasama dengan Ys Net untuk mengeluarkan permainan Shenmue III. Kerjasama antara Deep Silver dan Ys Net menjanjikan pengeluaran Shenmue III secara global untuk Playstation 4 dan juga PC dalam bentuk fizikal dan juga digital.

Shenmue merupakan siri permainan yang dahulunya dilancarkan di Sega Dreamcast pada tahun 1999. Ia merupakan permainan klasik yang menerima pelbagai pujian dan diminati oleh peminat seluruh dunia. Walaupun sudah melebih 16 tahun permainan Shenmue II dilancarkan, Yu Suzuki, pembangun asal siri permainan Shenmue berasa sangat berbesar hati dengan sokongan peminat. Pada tahun 2015 Yu Suzuki mengumumkan mereka bakal mengadakan kempen Kickstarter untuk mendana permainan ini dan dalam tempoh hanya 9 jam sahaja selepas kempen tersebut dilancarkan, beliau mencapai sasaran $2 juta dan menutup kempen tersebut dengan jumlah sumbangan sebanyak $6 juta.

Buat masa sekarang, permainan Shenmue III dirancang untuk dilancarkan pada pertengahan kedua tahun 2018. Ia ditangguhkan dengan rancangan asal Ys Net untuk melancarkan pada Disember 2017.