Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Terbaru Need For Speed Payback Mempertontonkan Aksi Kejar-Mengejar Polis
PC

Video Acah Terbaru Need For Speed Payback Mempertontonkan Aksi Kejar-Mengejar Polis

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

Need for Speed Payback merupakan permainan lumba kereta jalanan yang mempunyai peminatnya tersendiri, dan bakal dilancarkan pada bulan November ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Hari ini, bersempena dengan Gamescom, pihak Electronic Arts telah mempertontonkan video acara terbaru untuk Need For Speed Payback, yang mana memperlihatkan aksi kejar-mengejar pemandu dengan polis.

Pada masa yang sama, EA juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan kenderaan BMW M5 pada permainan berkenaan buat pertama kalinya.

Bagi anda yang meminati permainan lumba kereta jalanan ini, mungkin boleh mula mengumpulkan duit, dan mendapatkan permainan ini pada bulan November akan datang ini.