The Sims 4 merupakan salah satu permainan simulasi yang popular. Walaupun telah diperkenalkan sekitar tiga tahun lepas, ia masih aktif dimainkan dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Pihak EA sendiri menyokong permainan ini dengan sejumlah penawaran penambahan kandungan. Terkini, EA turut mengumumkan penawaran kandungan tambahan dinamakan “Cats & Dogs” untuk The Sims 4 pada 10 November ini.

The Sims 4

Kandungan tambahan ini akan menawarkan penambahan haiwan peliharaan pada permainan berkenaan – dimana para pemain boleh menggunakan ciri “Create a Pet” untuk menghasilkan haiwan peliharaan mereka tersendiri, mendapatkan sejumlah aksesori tambahan untuk haiwan peliharaan, selain turut menambah personaliti untuk haiwan peliharaan.

Pada masa yang sama, penambahan ini akan turut menawarkan kerjaya baru, iaitu doktor haiwan – membolehkan pemain membuka klinik haiwan, merawatnya dan sebagainya.

Kandungan tambahan ini akan ditawarkan untuk pengguna PC dan juga Mac.

Sohor Kini