Skip to main content

Siri anime Attack On Titan yang kini sangat terkenal dan juga sekuel untuk permainan Attack On Titan: Wings Of Freedom, akhirnya telah diumumkan secara rasmi hari ini, iaitu akan dikenali dengan nama Attack On Titan 2. Koei-Tecmo mengatakan permainan ini bakal tiba pada awal tahun 2018 kelak..

Seperti permainan yang pertama, Attack On Titan: Wings Of Freedom yang dilancarkan di Playstation 4 tahun 2016, pembangun permainan Omega Force bakal membangunkan sekuel permainan ini. Masih tiada lagi informasi tambahan dari segi bentuk permainan dan kisah perjalanan ceritanya. Pembangunnya juga belum mengumumkan platform apakah yang akan disokong oleh permainan ini, tetapi tidak mustahil untuk melihat ia ditawarkan untuk PlayStation 4 seperti sebelum ini.

Bagi peminat siri anime Attack On Titan, adakah anda berminat dengan permainan ini? Jangan lupa untuk tinggal komen di ruangan dibawah.

Leave a Reply