Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan E-Sukan Formula-1 Diumumkan – Kerjasama Antara Codemaster Dan Gfinity

Kejohanan E-Sukan Formula-1 Diumumkan – Kerjasama Antara Codemaster Dan Gfinity

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

Codemaster, iaitu pembangun permainan perlumbaan juga tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan acara e-sukan untuk permainan mereka yang bakal tiba 25 Ogos, iaitu F1 2017. Dengan kerjasama antara pembangun permainan Codemaster dan syarikat pengendali e-sukan Gfinity, F1 2017 bakal menjadi peneraju e-sukan perlumbaan Formula 1 yang pertama di dunia.

Acara e-Sukan tersebuat bakal bermula pada September ini selepas pelancaran permainan F1 2017 sebagai permainan utama untuk mencari 40 pemain yang terpantas. 40 pemain tersebut kemudian bakal bertempur di GFinitiy Arena di London pada 10 dan 11 Oktober kelak dan hanya 20 pemain bakal ke acara separuh akhir pada November ini sempena penutupan musim Grand Prix Abu Dhabi.

Juara acara e-sukan ini bukan sahaja layak untuk ke pusingan separuh akhir kejuaraan dunia pada tahun hadapan, malah beliau akan dimasukkan sebagai sebuah watak di dalam permainan F1 2018 kelak dan digelar sebagai Formula 1 eSports Champion Expert.