Skip to main content

Bagi mereka yang masih belum memiliki permainan ReCore, kini sempena Gamescom 2017, Microsoft mengumumkan ReCore: Definitive Edition bakal tiba di Xbox One pada 29 Ogos kelak. Edisi ini bakal menyertakan sokongan 4K untuk Xbox One X dan juga penambahan yang telah ditawarkan di permainan ini sehingga kini.

https://www.youtube.com/watch?v=wd7482WHdNM

ReCore adalah permainan yang dilancarkan esklusif di Xbox One pada tahun 2016 yang lepas dan dibangunkan oleh studio pembangun permainan terkenal, Keiji Inafune iaitu Comcept.

Microsoft juga mengumumkan permainan ini bakal tiba di Xbox GamePass dan bagi mereka yang sudah memilik permainan tersebut, anda bakal menerima ia secara percuma dengan kemaskini edisi Definitive tersebut.

Leave a Reply