Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Akan Menerbitkan Permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds Untuk Xbox One

Microsoft Akan Menerbitkan Permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds Untuk Xbox One

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan salah satu permainan popular di PC, yang mana kini dimainkan jutaan pemain seluruh dunia, dan menduduki tangga kedua di Steam. Terkini, Microsoft turut mengumumkan versi Xbox One untuk permainan PUBG ini.

Microsoft mengatakan mereka akan menerbitkan permainan PUBG untuk Xbox One. Melalui kerjasama ini, ia akan mempercepatkan pembangunan dan penawaran permainan popular ini pada konsol Xbox. Pada masa yang sama, PUBG juga dapat menggunakan kelebihan pemasaran daripada Microsoft dalam terus memperluaskan angka pemain mereka.

Microsoft dijangka menawarkan ia melalui Xbox Game Preview pada penghujung 2017 ini.