Skip to main content

Pada acara Gamescom 2017 hari ini, pihak Microsoft turut mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah konsol edisi terhad untuk Xbox One S yang bertemakan Minecraft.

Dinamakan sebagai Xbox One S Minecraft Limited Edition, ia hadir dengan storan 1TB, dan turut menyertakan permainan penuh Minecraft serta kandungan Redstone Pack yang menyertakan sejumlah kostum bersama dengannya.

Xbox Minecraft

Konsol ini menggunakan elemen rekaan berblok seumpama pada permainan berkenaan, termasuk pasa rekaan alat-kawalannya.

Ia bakal ditawarkan oleh Microsoft bermula 3 Oktober kelak untuk beberapa pasaran seluruh dunia. Memandangkan Xbox tidak dilancarkan lagi untuk Malaysia, maka mungkin sekiranya anda peminat Minecraft, anda perlu nantikan penjual tempatan mengimport masuk konsol berkenaan ke Malaysia.

Leave a Reply