Skip to main content

EA dan Konami sering bersaing antara satu sama lain dalam mempromosikan permainan simulasi bola sepak mereka, iaitu masing-masing dengan FIFA dan juga PES. Salah satu langkah yang dilakukan oleh masing-masing adalah dengan mendapatkan kerjasama eksklusif bersama para pemain atau pasukan bola sepak tersebut sendiri.

PES 2018

Terkini, Konami menambah salah satu pemain lagenda bola sepak, iaitu David Beckham dalam permainan PES 2018 akan datang. Konami menandatangani perjanjian eksklusif yang memperlihatkan penyertaan watak David Beckham dalam permainan berkenaan yang boleh dimainkan pengguna dalam mod My Club.

David Beckham sendiri pernai bermain dalam lebih 100 permainan UEFA Champions League dan juga English League.

Pemain boleh memainkan watak David Beckham ini melalui PES 2018 akan datang yang bakal dilancarkan pada 12 September untuk PC, PlayStation 4, PlayStation 4, Xbox One dan juga Xbox 360.

Leave a Reply