Informasi Permainan Video Terkini
Yakuza 6: The Song Of Life Bakal Dilancarkan Pada 20 Mac – Edisi Terhad Diumumkan

Yakuza 6: The Song Of Life Bakal Dilancarkan Pada 20 Mac – Edisi Terhad Diumumkan

Diterbitkan pada Ogos 19, 2017 oleh .

Bagi yang menantikan permainan Yakuza 6: The Song Of Life yang dilancarkan di Jepun pada Disember tahun lepas, Sega kini mengumumkan versi global untuk permainan sama bakal dilancarkan pada 20 Mac 2018 akan datang untuk Playstation 4. Ia akan dilancarkan secara digital dan fizikal pada harga $59.99(~RM258). Bagi mereka yang membuat pra-tempahan, anda bakal menerima sebuah buku seni berkulit keras khas bersempena dengan permainan ini.

Edisi After Hours Premium pula akan dijual pada berharga $89.99(~RM387) dan ia akan disertakan bersama gelas rekaan Yakuza khas bersama coaster. Edisi tersebut juga bakal menyertakan batu ais rekaan Yakuza dan buku seni bersama dengan rekaan kotak khas.

Yakuza 6: The Song Of Life adalah siri permainan Yakuza yang ke-enam, memfokuskan kehidupan watak Kazuma Kiryu sebagai seorang Yakuza selepas beliau keluar dari penjara selama tiga tahun. Pemain akan memdalami watak Kiryu dan juga mengembara di bandar Kamurocho yang mempunyai pelbagai aktiviti seperti memancing, menyelamatkan orang awam dan menyertai aktiviti-aktiviti kelab malam.

Yakuza 6: The Song Of Life bakal dilancarkan pada 20 Mac 2018 esklusif di Playstation 4.