Isu terbaru untuk Weekly Jump minggu ini mengumumkan bahawa Super Saiyan Blue Goku dan Vegeta boleh dimainkan pada Dragonball FighterZ akan datang. Tambahan juga, watak Android 16 dan Android 18 juga turut sama boleh dimainkan. Setiap serangan ikonik watak-watak terbaru tersebut dari siri anime akan ditawarkan pada Dragonball FighterZ kelak, termasuk serangan seperti 10x God Kamehameha oleh Super Saiyan Blue Goku dan Accel Dance oleh Android 18.

Weekly Jump juga turut menyatakan permainan ini bakal mempunyai mod penceritaan dimana ia memfokuskan watak Android 16. Ia merupakan penceritaan terbaru khas untuk permainan ini. Bagi mod permainan atas-talian pula, permainan ini akan hadir dengan mod permainan multi-pemain secara tiga lawan tiga dengan setiap watak boleh dikawal oleh pemain yang berlainan. Tetapi ia mestilah ditukar secara mengikut turutan.

Dragonball FighterZ bakal dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada awal tahun 2018. Beta tertutup untuknya akan bermula 16 September hingga 18 September dengan pendaftaran akan dibuka pada 22 Ogos kelak.

Sohor Kini