Informasi Permainan Video Terkini
Demo Untuk Permainan NBA Live 18 Kini Boleh Dimuat-Turun Pada PS4 Dan Xbox One

Demo Untuk Permainan NBA Live 18 Kini Boleh Dimuat-Turun Pada PS4 Dan Xbox One

Diterbitkan pada Ogos 17, 2017 oleh .

EA kini telah mula menawarkan demo permainan untuk NBA Live 18 yang bakal dilancarkan secara rasminya pada bulan hadapan. Demo permainan ini kini ditawarkan untuk konsol PlayStation 4 dan juga Xbox One.

Demo tersebut mengadungi mod permainan The ONE dimana ia memfokuskan penceritaan seperti yang diperkenalkan EA pada FIFA 2017 lepas, The Journey. Selain itu, pemain juga boleh mencuba bentuk permainan yang baru dari segi kawalan, visual dan juga mod permainan The Rise.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba demo permainan ini pada konsol anda hari ini, sebelum membuat keputusan untuk membeli atau tidak permainan ini.

Demo Xbox One : NBA Live 18


Demo PS4 : NBA Live 18