Informasi Permainan Video Terkini
The Major League – Kejohanan Dota 2 Ditaja Celcom, Tawar Hadiah bernilai RM300,000

The Major League – Kejohanan Dota 2 Ditaja Celcom, Tawar Hadiah bernilai RM300,000

Diterbitkan pada Ogos 17, 2017 oleh .

Selain kejohanan Dota 2 oleh U Mobile, Celcom juga mengumumkan kejohanan Dota mereka tersendiri iaitu The Major League. Acara ini adalah hasil kerjasama antara Livescape Group dan Beatnation, serta disokong Iskandar Investment Berhad. Acara ini akan ditaja dan dijayakan oleh Celcom, berlangsung pada 20 Oktober sehingga 22 Oktober 2017.

The Major League akan diadakan di EduCity Indoor Arena, Iskandar Puteri, Johor iaitu lokasi initiatif pertama oleh Iskandar Investment Berhad sebagai hub E-Sukan di Asia Tenggara. Mereka juga mengumumkan The Major League Qualifier dimana ia bakal mendedahkan pasukan malaysia yang bakal bertempur bersama tujuh pasukan-pasukan global untuk memenangi hadiah bernilai RM300,000.

Celcom TML

Buat masa sekarang, pasukan yang akan bertempur di acara ini adalah Ehome dari China, Evos dari Indonesia, Cluth dari Filipina dan MVP Revolution dari Kyrgyzstan. Sementara tiga lagi pasukan akan diumumkan kemudian.

Manakala, bagi The Major League Qualifier, ia bakal diadakan bermula pertandingan kelayakan di beberapa kafe siber di Apple Dream net, Orange E-Sport, Blitzone, Digital Fortress, dan The Panteon. Manakala pertandingan terakhir bakal diadakan di Academy Of Esports di Afiniti Medini, Iskandar Puteri, Johor.

Tiket untuk acara tersebut juga sudah mula dijualkan di laman Galactix The Major League, Championed by Celcom bermula dengan harga RM69 sehingga RM229 mengikut jenis tiket.

Bagi pelanggan Celcom pula, anda bakal mendapat diskaun 20%. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksi kejohanan Dota 2, The Major League Championed By Celcom pada 20 Oktober sehingga 22 Oktober ini.

Beli : Tiket The Major League Championed By Celcom