Informasi Permainan Video Terkini
GSC Cyber Games 2017 – Pertandingan FIFA Online 3 Di GSC MyTown Kuala Lumpur

GSC Cyber Games 2017 – Pertandingan FIFA Online 3 Di GSC MyTown Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Ogos 16, 2017 oleh .

Pada 20 Ogos ini sempena perlawanan akhir FIFA Online 3, Golden Screen Cinema bakal melangsungkan perlawanan akhir tersebut di GSC MyTown, Cheras, Kuala Lumpur.

Acara ini merupakan acara e-sukan pertama yang dianjurkan oleh Golden Screen Cinema dengan jumlah hadiah yang bernilai RM20,000. Bermula 10 pagi, anda berpeluang untuk menyaksikan perlawanan akhir ini secara percuma di GSC MyTown Cheras Kuala Lumpur.

Pengunjung juga dapat menyertai acara cabutan bertuah yang bakal diadakan di acara tersebut dengan pelbagai hadiah barangan seperti papan kekunci, alat kawalan permainan dan juga monitor.

Jangan lupa untuk menghadiri acara tersebut hujung minggu ini untuk menyaksikan acara perlawanan terakhir bagi GSC Cyber Games 2017 dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah.