Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Baru Ditawarkan Untuk Uncharted 4: A Thief’s End Bersempena Pelancaran Uncharted: The Lost Legacy

Kemaskini Baru Ditawarkan Untuk Uncharted 4: A Thief’s End Bersempena Pelancaran Uncharted: The Lost Legacy

Diterbitkan pada Ogos 17, 2017 oleh .

Sempena pelancaran Uncharted: The Lost Legacy 22 Ogos ini, Naughty Dog, pembangun siri permainan Uncharted mengumumkan kemaskini terbaru untuk Uncharted 4: A Thief’s End, khas untuk mod multi pemain.

Uncharted 4: Survival adalah mod tambahan untuk multi pemain buat permainan Uncharted 4: A Thief’s End. Melaluinya, pemain perlu bertahan untuk hidup daripada serangan musuh yang datang secara berperingkat. Mod ini juga bakal memperkenalkan musuh baru, zon Siege dan pelbagai pengubahsuaian permainan. Naughty Dog juga mengumumkan beberapa kostum tambahan bagi mereka yang berjaya menyelesaikan beberapa peringkat.

Tambahan juga, sempena pelancaran Uncharted: The Lost Legacy ini, pemain akan menerima kostum tambahan untuk Chloe dan Nadine seperti di dalam permainan tersebut di dalam mod multi pemain untuk Uncharted 4: A Thief’s End. Watak baru turut diumumkan, iaitu Asav, watak antagonis untuk Uncharted: The Lost Legacy boleh dimainkan di Uncharted 4: Survival.

Kemaskini Uncharted 4: Survival bakal tiba di Playstation 4 pada 22 Ogos ini, iaitu hari yang sama untuk tarikh pelancaran Uncharted: The Lost Legacy.