Informasi Permainan Video Terkini
Metal Gear Rising: Revengence Kini Boleh Dimain Di Xbox One Sebagai Backward Compatible

Metal Gear Rising: Revengence Kini Boleh Dimain Di Xbox One Sebagai Backward Compatible

Diterbitkan pada Ogos 16, 2017 oleh .

Permainan dari pembangun permainan Platinum Games, terkenal dengan siri permainan Bayonetta dan NieR – Metal Gear Rising: Revengence yang dilancarkan pada tahun 2013 lepas kini turut telah boleh dimainkan pada Xbox One sebagai permainan Backward Compatible.

Bagi pemain yang masih lagi mempunyai cakera permainan tersebut, anda hanya perlu masukkan cakera tersebut ke dalam Xbox One dan Xbox One akan memuat-turun fail-fail tambahn permainan tersebut secara automatik. Manakala jika anda membeli permainan tersebut secara digital, anda hanya perlu log masuk akaun anda dan terus muat-turun permainan tersebut.

Metal Gear Rising: Revengence merupakan permainan aksi yang dilancarkan pada tahun 2013 di Playstation 3, Xbox One dan PC. Ia merupakan siri permainan Metal Gear dimana anda mengawal Raiden dari Metal Gear Solid 2: Sons Of Liberty. Permainan ini memfokuskan aksi perlawanan pedang dan bukannya permainan bentuk menghendap seperti siri-siri Metal Gear sebelum ini.