Informasi Permainan Video Terkini
Football Manager 2018 Akan Hadir Pada 10 November
PC

Football Manager 2018 Akan Hadir Pada 10 November

Diterbitkan pada Ogos 15, 2017 oleh .

Sega hari ini telah mengumumkan yang mana permainan simulasi pengurusan kelab bola sepak, Football Manager 2018 akan hadir pada bulan November kelak, iaitu 10 November 2017.

Football Manager

Info penuh mengenai permainan ini masih tidak diketahui lagi. Apa yang dikongsikan buat masa ini adalah dimana Football Manager 2018 akan ditawarkan untuk pengguna PC, Mac dan juga Linux.

Selain daripada itu, variasi daripadanya yang dinamkan sebagai Football Manager Touch 2018 akan turut ditawarkan untuk pengguna permua Android dan iOS.

Bagi anda yang meminati permainan bola sepak, mungkin boleh tandakan kalendar anda dan mula menyimpan sedikit duit untuk mendapatkan permainan ini apabila dilancarkan kelak.