Pada E3 2017 Jun yang lepas, Sony Interactive Entertainment mengumumkan permainan realiti-maya The Lost Bear bakal tiba di Playstation VR. Kini, mereka turut telah mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut berserta dengan harga jualannya.

The Lost Bear adalah permainan yang dibangunkan oleh pembangun permainan indie, Odd Bug Studio, dari UK dan diterbitkan oleh Fabrik. Permainan ini adalah berbentuk 2D Platformer yang mempunyai seni lukisan tangan. Walaupun ia menggunakan bentuk permainan secara dua dimensi, ia bakal mengabungkan aset-aset 3-dimensi bersama untuk membina suatu bentuk permainan yang unik seakan wayang 3D.

Pemain akan mengembara sebagai Walnut, di kawasan misteri yang ditakhluk oleh pemburu permainan, Snatcher. Dengan kombinasi unik 3D realiti maya bersama 2D platform, pemain akan bermain dan mengalami bentuk permainan menarik dan menawan.

Bagi mereka yang berminat dengan permainan realiti-maya The Lost Bear, ia bakal dilancarkan pada 31 Ogos ini dengan harga $12.99(~RM56) khas di Playstation VR.

Sohor Kini