Capcom tampaknya akan mengeluarkan lagi siri permainan yang dipenambah-baikkan di Playstation 4 dan Xbox One. Mengikut dua pengedar rasmi permainan video di Eropah, mereka menyenaraikan permainan Okami HD akan dijual secara fizikal pada 12 Disember kelak. Walaubagaimanapun, kebarangkalian untuk informasi ini adalah kurang tepat juga merupakan salah satu kemungkinan kerana masih tiada pengumuman rasmi daripada Capcom buat masa ini.
Okami adalah permainan yang dilancarkan di Playstation pada 2006 lepas. Ia merupakan permainan yang dibangunkan oleh Clover Studio, terkenal dengan siri permainan Viewtiful Joe. Okami adalah permainan yang menerima pelbagai pujian kerana rekaan visual dan inspirasi tradisi lukisan Jepun yang sangat menawan. Pada tahun 2008, Capcom turut melancarkan Okami di Nintendo Wii dengan sokongan kawalan gerakan untuk mengawal berus Celestial di dalam permainan tersebut. Pada tahun 2012 pula, Capcom juga melancarkan permainan ini dalam bentuk penambah-baikkan HD di PS3. Permainan Okami juga mempunyai sekuel tersendiri iaitu Okamiden yang dilancarkan di Nintendo DS pada tahun 2011.
Masih tiada lagi informasi tambahan berkenaan permainan ini buat masa ini, tetapi kami di Aksiz sangat teruja jika Capcom ingin melancarkan permainan ini secara bentuk penambah-baikkan kerana ia merupakan antara permainan terbaik yang dilancarkan di Playstation 2 dan keupayaan untuk bermain permainan ini dalam bentuk penambah-baikkan adalah sangat menarik.