Bagi mereka yang membuat pra-tempahan untuk permainan Call Of Duty: WWII di Playstation 4, anda bakal menerima akses untuk beta tertutup multi-pemain pada 25 Ogos ini. Bagi pengguna konsol Xbox One dan PC yang membuat pra-tempahan, anda pula akan menerima akses beta tertutup tersebut pada 1 September.

Menurut pembangun permainan Call Of Duty: WWII, Sledgehammer Games, mereka menyatakan beta tertutup multi-pemain ini bakal memperkenalkan pemain dua fungsi permainan yang baru iaitu Divisions dan War Mode. Divisions adalah fungsi baru untuk sistem naik-taraf permainan. Dengan membuang fungsi Create-A-Class yang berada di permainan-permainan Call Of Duty sebelum ini, Sledgehammer memberi pemain 5 kelas Divisions yang mengandungi Infantry, Expeditionary, Airborne, Armored, dan Mountain Division.

War Mode pula adalah bentuk permainan pertempuran yang berskala luas antara pasukan Axis dan Allied yang seakan sama seperti mod permainan Battlefield 1, Operations. Untuk beta tertutup ini, pemain berpeluang untuk mencuba Operation Breakout yang diletakan di St. Lo, Perancis.

Selain itu, beta tertutup multi-pemain Call Of Duty: WWII ini bakal mengadungi tiga kawasan iaitu Pointe Du Hoc, Ardennes dan Gibraltar serta tiga mod permainan iaitu Team Deathmatch, Domination dan Hardpoint. Walaubagaimanapun, fungsi Supply Drops dan Loot, mod kompetitif dan juga mod Headquarters tidak akan disertakan.

Anda boleh membuat pra-tempahan untuk permainan ini di Steam dan juga PSN Store. Call Of Duty: WWII akan dilancarkan pada 3 November di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Steam : Call Of Duty: WWII

PSN Store : Call Of Duty: WWII

Sohor Kini